Pertubuhan Darul Ikhlas - PPM-015-04-05122017

Pertubuhan Darul ikhlas berpengalaman lebih 10 tahun dalam menguruskan dana sumbangan orang ramai, yang bertanggungjawab mengurus dan menampung kos-kos untuk Madrasah Ar-Rabbaniyah Darul Ikhlas dengan cekap dan amanah.

Ustaz Muhammad Kamal bersama fasilitator Kem Tahfiz Intensif & Smart Solat 2020


Dipimpin oleh Tuan Guru al-Fadhil Ustaz Muhammad Kamal Sulaiman, seorang lepasan al-Azhar dan juga salah seorang murid kanan Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh, mempunyai visi dan misi yang jelas dalam membina sebuah komuniti yang Rabbani yang dilengkapi dengan:

1. Ma'had Arrabbaniah sekolah rendah - sedang berjalan tahfiz & 'alim
2. Ma'had Arrabbaniah menengah - sedang berjalan tahfiz & 'alim
3. Ma'had AlQuran dan Dirasat serta asrama
4. Universiti ar-Rabbaniyah - sedang berjalan (kerjasama dengan universiti luar negara)
5. Penempatan asrama bagi pelajar lelaki dan perempuan - sedang berjalan
6. Madrasah mall - sedang berjalan
7. Penternakan dan pertanian - sedang berjalan
8. Hospital wanita dan kanak-kanak
9. Penempatan asrama bagi golongan miskin dan fakir 10. Penempatan asrama bagi golongan ibu tunggal atau janda
11. Tempat Sukan Rabbani Lelaki dan Perempuan - sedang berjalan

Pengajian Tahfiz
Menyampai sumbangan orang ramai
Pertanian hidroponik